Kongsi Maklumat:

AlamMall

Alam Niaga Resources (SA0269925-A) kini melangkah setapak lagi dengan menyediakan laman web ini sebagai pusat setempat rujukan untuk perkhidmatan kami yang pelbagai.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

 

UtamaKelas Dan Tuisyen

Pengenalan Kelas Dan Tuisyen

Alam Niaga Resources (Dahulu di kenali sebagai Expert Media Biz) di ujudkan untuk memberi khidmat berkaitan internet atau teknologi maklumat. Hubungi kami untuk sebarang maklumat lanjut pilihan-pilihan kursus, kelas, pakej atau servis yang di tawarkan.

Di bawah ini adalah bengkel atau kelas pembangunan website yang kami tawarkan.

Kelas Web Asas adalah lebih kepada teknik membina dan membangun laman web menggunakan perisian mudah. Anda di dedahkan kepada kod asas html, css, javascript dan php. Anda juga di dedahkan teknik-teknik mengubah sesuatu web template percuma mengikut kesesuaian dan kehendak anda atau bakal pelanggan anda. Anda juga di tunjuk ajar cara upload file website anda ke tapak domain, cara mengurus file menggunakan cpanel dan  seterusnya mengenali aplikasi yang ada dalam pakej hosting anda.

Kelas Web Joomla! adalah pakej baru. Ia adalah sistem bina website yang menggunakan konsep CMS. CMS bermakna Content Management System atau Sistem Pengerusan Kandungan Maklumat. Sering di war-warkan bahawa tanpa pengetahuan kod html, css, javascript atau php pun, anda boleh bina website dengan sistem Joomla! ini. Benarkah? Benar, tetapi seperti seorang yang terbiasa makan di suap, dia tidak akan dapat menikmati pelbagai juadah di luar sana. "Learning curve" untuk mempelajari Joomla! ini adalah tinggi, dan kami akan ajar langkah demi langkah supaya ia menjadi mudah untuk anda aplikasikan kelak.

Kelas Bina Fan Page sengaja di asingkan menjadi satu modul lain. Apa yang di ajar ialah teknik bina fan page biasa, fan page menggunakan aplikasi dalam facebook atau apps dan cara bangunkan customised fan page. Anda akan di ajar teknik yang di panggil "fan-gate" iaitu hanya mereka yang Like fanpage anda saja yang boleh baca isi kandungan. Ia adalah teknik kod php dan anda boleh guna untuk customised fanpage anda atau bakal pelanggan anda kelak.

Servis Bina Website adalah terbuka untuk semua jenis projek berkaitan website. Dua pilihan pakej servis iaitu:
1 Pakej bina website hingga siap tanpa servis kemaskini selepas jualan dan
2 Pakej bina website hingga siap berserta servis kemaskini selepas jualan secara kontrak tahunan.

*Tunjuk ajar cara kemaskini di beri untuk kedua-dua pakej kepada individu atau wakil syarikat.

Tuisyen Online sekarang di tawarkan sebagai memenuhi permintaan mereka yang berminat mempelajari teknik membina website tetapi tidak dapat menghadiri kelas disebabkan faktor jarak dan masa. Pelajar boleh memperuntukan masa 1 jam, 2 jam atau lebih sehari untuk belajar secara online menggunakan skype dan yahoo messenger dan secara one-to-one.

Kelas Web Joomla! dan Kelas Bina FanPage tidak akan dapat di manfaatkan oleh pelajar sepenuhnya jika tidak punyai pengetahuan asas html, css, javascript dan php. Jika anda rasakan anda benar-benar tiada pengetahuan tentang sekurang-kurangnya asas html dan css, saya cadangkan anda mulakan dengan Kelas Web Asas.

Untuk keberkesanan pembelajaran, hanya 5 orang pelajar di bimbing pada satu-satu hari bagi kelas web asas dan kelas web Joomla!. Untuk kelas fan page, hanya 10 orang maksima pada satu-satu kelas. Kelas boleh di jalankan walaupun dengan hanya seorang pelajar. Sila buat penetapan hari, seminggu sebelum tarikh kelas dan sila buat pembayaran penuh untuk setiap penetapan kehadiran.



Salam kejayaan.
 

Follow Twitter

Klik logo Twitter untuk follow

Follow Google+

Visitors Counter

36031
TodayToday22
YesterdayYesterday15
This_WeekThis_Week60
This_MonthThis_Month391
All_DaysAll_Days36031
Online 10
AlamMall.Com